• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pemimpin Dalam PH Layak Ganti Mahathir – Annuar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa tiada pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang layak menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, selain Dr. Mahathir, tiada pengganti dalam PH yang boleh membawa Malaysia kepada keadaan lebih baik.

Katanya, UMNO mendukung penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini bersuara bahawa PAS dan UMNO akan saling bekerjasama untuk mengekalkan perkhidmatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita faham asasnya, Dr. Mahathir perlu dikekalkan demi kestabilan negara dan kita bimbang pertukaran Perdana Menteri akan mengancam kestabilan ekonomi.

“Dan juga mungkin kerana dilihat tidak ada satu pengganti yang boleh membawa negara kepada keadaan yang lebih baik, maka kita nampak ada meritnya apa yang disebutkan oleh Presiden PAS,” katanya ketika ditemui media selepas Ceramah Perdana Islam Memimpin Perpaduan, di sini, malam tadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO akan menyokong apa sahaja pendirian PAS.

“Apabila timbul satu pandangan yang begitu, maka UMNO akan duduk bersama berbincang dengan PAS, bukan sekadar memberi reaksi kepada media sahaja.

“Secara prinsip, apa saja pendirian PAS, UMNO akan bersama. Kita akan sentiasa sependapat,” jelasnya.

Sebelum ini, Presiden PAS melontarkan pendapat bahawa PAS dan UMNO akan mempertahankan Dr. Mahathir sehingga habis penggal kerana merasakan pentadbiran PH ‘tidak berwajah kepimpinan orang Islam.’

Katanya, ketika ini PAS dan UMNO hanya boleh menaruh kepercayaan kepada Dr. Mahathir kerana kemampuannya, meskipun mendakwa PH dikuasai oleh orang bukan Islam. – Sinar Harian

Tags: Annuar MusaMahathir Mohamadpakatan harapanPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd