• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Tutup Sekolah Di Pasir Gudang – TPM

oleh
01/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun tiada sebarang keperluan untuk sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup namun, ia bergantung kepada situasi semasa kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya keadaan di lokasi pencemaran lazimnya akan berubah selepas jam 11 pagi.

“Laporan yang diterima pagi ini, tidak ada sebarang insiden pelajar sekolah yang terjejas, namun, kita tunggu dulu, selalunya insiden berlaku selepas jam 11 pagi.

“Saya ingat sekarang tidak ada sebab untuk tutup sekolah, bagaimanapun Jabatan Alam Sekitar (JAS) laporkan pencemaran di Pasir Gudang berbeza dengan kes Sungai Kim Kim, punca-punca yang berpotensi pula sedang dijalankan.

“Sekarang kita nak buat pemeriksaan terhadap 72 buah kilang untuk mendapatkan gas untuk dipantau JAS, sekarang ini kita tidak tahu punca bau busuk pada waktu malam ia sedang dikaji,“ katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bagaimanapun, Wan Azizah turut melahirkan kebimbangan kerana cadangan untuk mewujudkan zon penampan tidak dapat untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana ia melibatkan gas.

“Saya risau, zon penampan pun tidak memadai sebab ini gas. Kalau angin bertiup boleh membawa ke tempat yang melangakui zon penampan ini.

“Setakat ini tiada keperluan untuk tutup sekolah di Pasir Gudang,sebab kalau pantau lepas jam 11 pagi baru pelajar sekolah alami loya, muntah jadi kita tak tahu kerana pencemaran ini di udara,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberitahu, keputusan mengenai penutupan sekolah di Pasir Gudang akan diputuskan oleh Jabatan Pendidikan Johor dan semua agensi terlibat termasuk kerajaan negeri.

Media melaporkan, ratusan murid, pelajar dan guru mengalami sesak nafas dan muntah, dipercayai akibat pencemaran udara yang berulang lagi selepas insiden sama kira-kira dua minggu lalu, hanya selepas dua jam sekolah dibuka semalam.

Semua 111 sekolah di sini sebelum ini diarah tutup lima hari sejak 25 Jun lalu, bersama tiga institusi pengajian tinggi (IPT), 14 sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta sebelum dibenar dibuka semula semalam.

Buat masa ini, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin mengerahkan 85 kumpulan pakar dilengkapi alat pengesan gas melakukan bacaan kualiti udara secara serentak di kawasan sekolah berisiko.

Katanya, ia bagi membolehkan cerapan bacaan kualiti udara dilakukan dengan lebih bersepadu dan terperinci, sekali gus mencari punca sebenar pencemaran udara di sekitar kawasan ini sejak minggu lalu.

Tags: pasir gudangpencemaranSekolahWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd