Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Didakwa Miliki...

KANGAR - Empat lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki pelbagai jenis senjata...

SPAD Tugaskan 300 Penguat...

KUALA LUMPUR - Menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 300 pegawai penguat...

Pengurusan Masjid Jangan Kedekut...

KUALA TERENGGANU - Pihak pengurusan masjid di seluruh negeri dinasihatkan supaya tidak kedekut...

Peniaga Didenda Cederakan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan...

Takrifan Umur 31 Kepada Warga Emas Jadi ‘Troll’

KUALA LUMPUR – Cadangan takrifan usia warganegara berumur 31 kepada warga emas seperti yang tular dengan gambar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi ‘troll’ di laman media sosial Facebook.

Warganet yang menganggap perkara itu sebagai satu perkara yang lucu kebanyakannya membuat perkara itu sebagai satu bahan lawak.

Berikut merupakan antara status-status yang dimuat naik warganet:

“Kalau 31 warga emas, aku ni tahap nyanyuk la.”

“Walaupun aku sudah warga emas, aku tetap hensem (kacak).”

“Siapa warga emas kita sama.”


“Kalau 31 diiktiraf sebagai warga emas, agak-agak intan tu kategori warga ‘diamond’ ke?”

Rabu lalu, Rang Undang-undang (RUU) yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan berkenaan takrifan belia telah meminda takrif ‘belia’ dan ‘pertubuhan belia’ untuk menurunkan had umur maksimum belia dan anggota pertubuhan belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Walau bagaimanapun, pengendali laman sosial Facebook milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menafikan gambar menteri itu berserta nota berkenaan penakrifan baharu rakyat berumur 31 yang sedang tular itu.

“YB Syed Saddiq tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut. Kenyataan ini adalah kenyataan Palsu,” kata kapsyen gambar tersebut yang dimuat naik lewat malam semalam. – UTUSAN ONLINE

Kategori