• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Lombong Kerajaan Selangor Siasat Punca Gangguan Bekalan Air

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syarikat perlombongan pasir milik kerajaan Selangor sedang menyiasat kemungkinan sabotaj dan khianat menjadi punca tumpahan diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan gangguan air besar-besaran di Lembah Klang susulan penutupan 4 loji rawatan air utama semalam.

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan ke atas tumpahan diesel yang dikesan kira-kira 6.15 petang semalam dekat Kolam Hang Tuah itu, dibuat daripada semua sudut dan butiran lanjut akan diberikan.

“Pasukan (Tindakan Kecemasan) ERT kami telah dikerahkan dengan segera ke tapak kejadian dan punca tumpahan telah dikenal pasti dan dikawal. Kami sedang memantau situasi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.

“Situasi ini amat dikesali, namun kami ingin menegaskan perlindungan alam sekitar, sungai dan sumber air adalah keutamaan kami.”

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dilaporkan berkata, pencemaran diesel dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

Katanya, pencemaran diesel itu berpunca daripada aktiviti mengorek pasir di hulu sungai yang menyebabkan 4 LRA itu dihenti tugas bermula 6 petang Ahad, sebelum ia beroperasi semula kira-kira 3.30 pagi Isnin.

Air Selangor berkata, ia adalah pencemaran ke-2 dalam 3 hari melibatkan penutupan 4 LRA utama dan menyebabkan gangguan air berskala besar kepada pengguna.

Jumaat lalu, 1.16 juta pengguna di 1,133 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terjejas susulan pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.

Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat laporan polis pagi ini terhadap 2 pencemaran di 4 LRA sejak Jumaat lalu.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, pihaknya bimbang dengan 2 insiden yang berlaku dalam masa 3 hari dan berharap polis akan menyiasat jika wujud unsur sabotaj dalam pencemaran bau dan diesel itu.

Katanya, menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 121(1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 untuk mencemarkan mana-mana saluran air atau sistem bekalan air yang mungkin membahayakan nyawa orang ramai.

“SPAN akan menggunakan akta sedia ada untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku. SPAN juga berharap kerajaan Selangor akan menamatkan konsesi kontraktor pasir, sekiranya mereka didapati terlibat dalam insiden pencemaran ini.

“Majlis Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Alam Sekitar juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa kerajaan pusat dan negeri mempertimbangkan pemberhentian semua aktiviti ekonomi di sekitar kawasan sungai, khasnya bahagian hulu sungai yang merupakan sumber air bagi aktiviti harian pengguna. – FMT

Tags: Gangguan Bekalan AirLoji Rawatan Airpencemaranselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd