• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat China Labur Dalam 422 Projek Di Malaysia

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syarikat-syarikat China melabur dalam 422 projek dalam sektor pengilangan di Malaysia sehingga akhir 2018 dan mewujudkan kira-kira 73,000 pekerjaan sejak Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) diperkenal.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata pelaburan langsung asing China dalam sektor perkilangan di Malaysia telah meningkat lebih empat kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas, dan menjadi sumber pelaburan asing terbesar dalam sektor itu untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

“Kami percaya menerusi sinergi antara semua pihak, kerjasama BRI pasti akan menjadi lebih mendalam, stabil dan luas.

“Jalur dan Jalan akan menjadi jalan perdamaian dan kemakmuran, dan pada masa yang sama membuka pembangunan hijau, inovasi, menghubungkan tamadun dan kerajaan yang bersih,” katanya pada Forum Tinjauan Malaysia-China 2019 di sini hari ini.

Memetik beberapa contoh, Bai Tian berkata Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China, dirujuk sebagai ‘Taman Berkembar Dua Negara’, dan projek lain seperti Keretapi Gemas-Johor Bahru yang berjalan lancar.

Selepas rundingan mesra, Laluan Rel Pantai Timur juga akan diteruskan.

China Railway Rolling Stock Corp. telah menubuhkan kilang gerabak di Perak, yang dilengkapi teknologi canggih serta kapasiti pengeluaran terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Proton juga kini semakin hampiri untuk membuat keuntungan, hanya selepas setahun berkerjasama dengan Geely China.

Acara bertema ‘Apa Seterusnya selepas Forum BRI Beijing’, dianjurkan oleh The Star Media Group.

Tags: BRIChinapelaburansyarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

29/07/2026
0

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan negeri ini perlu memberi tumpuan kepada usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd