• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Semula Gaji Minimum Sektor Awam, Swasta

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan disaran menyemak kembali kadar gaji minimum bagi sektor awam dan swasta kerana ia dilihat sudah tidak sesuai berdasarkan perkembangan semasa ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, tangga gaji minimum sebanyak RM1,100 dan RM1,200 yang diperoleh buat masa ini amat rendah terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

“Apa yang boleh dibeli sekiranya gaji seminimum itu dibelanjakan sebuah keluarga B40 yang memiliki tanggungan yang ramai antara lima hingga 10 orang. Itu tidak dikira dengan potongan dan caruman yang lain.

“Akhirnya yang tinggal hanya RM500 sebulan. Apa yang boleh dibuat dengan jumlah itu,” katanya pada sidang media majlis Rumah Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Terenganu, Farihah Che Husin di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azih berkata, sekiranya kadar gaji minimum tidak mendapat perhatian, tidak mustahil selepas ini kumpulan B40 berdepan halangan untuk membeli rumah atau menghantar anak-anak memasuki institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Azih (kiri) bersama Farihah selepas Rumah Terbuka Perkeso Terengganu hari ini.

“Sekiranya masalah ini berlaku, akan timbul masalah lain yang lebih parah seperti isu permasalahan sosial dalam kalangan golongan muda,” katanya.

Dalam pada itu, Azih berkata, pihaknya juga menyarankan supaya kerajaan melihat kembali kontrak untuk perkhidmatan (contract for services) yang kini tiada sebarang caruman.

“Kita nak cadangkan sama ada kerajaan tutup kontrak untuk perkhidmatan (contract for services) ini dan ambil kontrak perkhidmatan (contract of services) sahaja atau mengambil pekerja kontrak untuk perkhidmatan, tetapi membenarkan mereka mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini tak adil kepada mereka rakyat kita kerana mereka belajar tinggi tetapi apabila masuk alam pekerjaan hak mereka tidak dinafikan atas sebab nama jawatan kontrak untuk perkhidmatan. Mereka tiada hak dapat KWSP. Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada mereka, keluarga juga tidak dapat apa-apa. Jika hal ini tidak dibangkitkan, banyak pihak yang tidak sedar,” katanya. – Sinar Harian

Tags: CuepacsGaji Minimumsektor awamsektor swasta
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

26/09/2026
0

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi bayangan...

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd