• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Takkan Mungkir Janji” – Mahathir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak akan sesekali memungkiri janji itu.

“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya.

Hos rancangan One to One, Imran Garda sebelum itu bertanya mengenai video seks melibatkan seorang menteri kanan dan kaitan dengan rancangan peralihan kuasa.

Sebelum ini, Dr. Mahathir dalam laman blognya menegaskan beliau tidak sanggup diperalat oleh dalang yang berniat jahat membuat dan menularkan satu rakaman video intim bagi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Katanya, kes video terbabit akan ditangani sebagai isu politik kerana sekiranya beliau mengambil sebarang tindakan maka ia bermakna perancangan dalang terbabit telah berjaya.

Dalam pada itu, Mahathir memberikan jawapan sama apabila diminta menggambarkan hubungannya dengan Anwar daripada seorang musuh kepada kawan.

“Saya sudah setuju apabia saya berundur, beliau (Anwar) akan ambil alih jawatan Perdana Menteri. Itu janji yang dibuat dan saya akan berpegang dengan janji itu,” katanya.

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana Menterivideo seks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd