• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Suspek Pijak Al-Quran Disambung

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Polis mengesahkan gadis dipercayai memijak al-Quran dalam kejadian di Kampung Kusial di sini disambung reman dua hari sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, kesemuanya masih dalam tahanan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kes terbabit, seramai empat remaja perempuan ditahan polis selepas video aksi seorang remaja perempuan memijak al-Quran tular.

Kesemua mereka ditahan polis antara jam 11 malam dan jam 2.30 pagi Jumaat lalu.

Kelmarin, dalam temu bual secara langsung melalui Facebook ‘Kelate Kita, bapa remaja mahu dikenalli sebagai Roslan itu mengharapkan masyarakat tidak menyalahkan anaknya yang juga lembam dan lurus bendul.

Roslan berkata, walaupun usia anaknya sudah 17 tahun, namun pemikirannya masih seperti kanak-kanak 8 tahun.

Dalam temubual itu juga, keluarga turut mempertahankan gadis berkenaan dan aksi yang dilakukan bukan secara rela, sebaliknya dipaksa oleh rakan yang juga turut merakam perbuatan gadis itu.

Ekoran penyebaran video berkenaan, kakak remaja terbabit membuat laporan polis untuk mempertahankan maruah keluarga dan mengharapkan kes tersebut disiasat sewajarnya.

Tags: Al-QuranDiremangadisKelantanzina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd