Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Asyraf Wajdi Dilantik Jadi...

Umno hari ini melantik bekas ketua pemuda parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki sebagai...

5 Beradik Kini Yatim...

PORT DICKSON - Pesanan ibu supaya menjaga adik-adik dengan baik sebelum dimasukkan ke...

Demam ‘Dubsmash’ Cara Netizen...

KUALA LUMPUR - Video aplikasi 'Dubsmash' yang kini menjadi kegilaan warga netizen di...

ASEAN Perlu Tangani Jenayah...

KUALA LUMPUR - Perkembangan baharu jenayah rentas sempadan seperti yang dikenal pasti Pertubuhan...

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Cetus Polarisasi Kaum Kritikal

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan dijangka akan menyumbang kepada polarisasi kaum yang lebih kritikal dan kecenderungan menyokong calon dari kaum tertentu sahaja.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelaksanaan tersebut disifatkan tidak baik bagi mewujudkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Malah katanya, negara tidak boleh ‘dijarakkan’ melalui dominasi kaum mengikut bandar, wilayah dan tempat serta perlu diimbangi menerusi model sedia ada yang seharusnya dipertingkatkan.

“Kekhuatiran ini lahir daripada tanggapan bahawa di sesetengah bandar yang di dominasi sesetengah kaum, ramai pengundi akan cenderung menyokong calon dari kalangan kaum mereka saja. Ini sangatlah tidak baik kepada masyarakat majmuk Malaysia.


“Saya merasa isu ini sangat penting dan jarang bahaskan. Namun Implikasi pelaksanaannya kepada rakyat Malaysia sangat besar. Ia akan mengubah landskap politik Malaysia dengan drastik sekali,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan dalam masa terdekat sehingga keputusan Jemaah Menteri mengenainya diketahui seawal-awal tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori