• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyatuan Melayu: Jangan Takbur, Angkuh, Sombong

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil pendirian sederhana berkenaan isu penyatuan parti politik yang mewakili orang Melayu.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, dalam hal tersebut, semua pihak termasuk parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) perlu menyatakan pendirian masing-masing.

Namun bagi beliau, mana-mana pihak tidak perlu menampilkan sikap angkuh dan sombong apabila memberikan pandangan tentang isu tersebut.

“Pelawaan dibuat kepada parti, (jadi) partilah yang perlu membuat pendirian.

“Cuma saya nak ingatkan kepada semua pihak, perkara berkaitan perpaduan khasnya perpaduan orang Melayu, kita jangan takbur, angkuh dan sombong kerana orang sedang memerhatikan kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada Jumaat lalu membuat pelawaan kepada parti-parti Melayu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengukuhkan kuasa politik kaum Melayu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, selain daripada perpaduan dalam kalangan orang Melayu, para pemimpin parti politik juga perlu menitikberatkan perpaduan antara kaum di negara ini.

“Kita nak bincangkan penyatuan umat Melayu, penting juga kita memahami masyarakat ini merupakan masyarakat majmuk. Apa pula penyatuan dalam kalangan kaum kita?

“Sebab itu, memikirkan hala tuju ke hadapan, kita perlu memikirkan semua sentimen. Ini yang saya tekankan sebelum ini, kalau ia boleh membantu menyumbang (kepada) politik, Alhamdulillah. Tapi kalau ia mengeruhkan keadaan, siapa akan melihat kepada ekonomi negara?” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Hishamuddin HusseinMelayuUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd