• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau Pendawaian, Penggunaan Alat Elektrik – Agong

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pihak semua menitikberatkan aspek pendawaian dan penggunaan peralatan elektrik di rumah masing-masing bagi mengelakkan berlakunya litar pintas atau kerosakan yang boleh mengakibatkan kebakaran.

Titah Seri Paduka, perkara berkenaan sudah banyak kali diingatkan kerana ia perlu dipandang serius memandangkan kebakaran yang berlaku bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian tetapi kehilangan nyawa.

“Seolah-olah nasi sudah menjadi bubur. Mungkin kelekaan, terlepas pandang dan kehendak Allah SWT namun sekali lagi saya hendak ingatkan supaya tolonglah lihat dari segi pendawaian elektrik dan keadaan rumah supaya tidak mahu kehilangan ahli keluarga kita sendiri,” titah Seri Paduka semasa berkenan mencemar duli berangkat melawat lokasi kebakaran yang meragut nyawa tiga beranak di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini hari ini.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluangkan masa kira-kira sejam di situ untuk mendengar taklimat, mengurniakan sumbangan kepada kelurga dan waris kebakaran serta meninjau tapak kejadian.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Pengarah JBPM, Datuk Hamdan Wahid; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi Ahad lalu itu, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, yang dikatakan hamil tiga bulan dan dua anak lelakinya, Muhamad Haikal Hakimi, 11, serta Muhamad Adam Daniel, 7, ditemukan rentung di bilik belakang rumah sewa mereka yang terbakar.

Kebakaran berkenaan juga menyebabkan suaminya, Hairol Khalid, 38, Syed Azman Syed Kassim, 25, iaitu adik Sharifah Azlina; Norazilah Abdullah, 23, (isteri Syed Azman) dan Nor Syawalina, 19, (adik Norazilah) cedera maakala yang selamat ialah Muhammad Alif Asyraf, 6, (anak pasangan Syed Azman dan Norazilah).

Rumah bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih Batu 2 FC, Zulhamizan Zakaria yang diduduki bapanya, Zakaria Muhamad dan adiknya, Norhaminuddin turut musnah dalam kejadian itu namun kedua-dua mereka selamat.

Tags: Al-Sultan Abdullahkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd