• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norman KRU Nafi Masuk BSRSATU Untuk Dapat Projek

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi, penggubah lagu dan usahawan, Datuk Norman Abdul Halim, menafikan penyertaannya menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertujuan memudahkan laluannya untuk mendapat projek seliaan kerajaan.

Norman yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment berkata, dakwaan segelintir pihak bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Kumpulan Syarikat KRU bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini ada kaitan dengan penyertaannya dalam Bersatu sebagai tidak berasas.

Katanya, sejak bertahun-tahun lalu, KRU Entertainment menjalinkan kerjasama dengan UiTM untuk program latihan industri (internship).

“Saya tidak mendapat sebarang projek besar seperti didakwa sesetengah pihak. Sebaliknya perlu mencari dana besar bagi membolehkan program Yayasan KRU membantu anak muda dapat dijayakan.

“Kolaborasi berkenaan bukan bertujuan mengaut keuntungan peribadi sebaliknya lebih kepada memberi peluang pekerjaan pada graduan dari jurusan industri kreatif.

“Tak ada kepentingan peribadi. Kami juga tak ada pun nak buat kandungan televisyen dengan pelajar. Tapi dalam politik, payah nak bersangka baik, orang lebih berminat buat spekulasi dan terlebih fikir konspirasi,” katanya seperti dipetik dalam portal Malaysiakini hari ini.

Norman menyerahkan borang keahlian seumur hidup untuk menjadi anggota BERSATU pada 9 Julai lalu.

Sebagai rekod, Norman yang sebelum ini pernah bersama UMNO mengaku sudah tidak aktif sebagai anggota parti itu sejak 2015. – UTUSAN ONLINE

Tags: BERSATUNorman KRUpolitikprojek kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd