• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nazri, Dengar Sini Baik-Baik” – Najib

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri!”

Itu penegasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kenyataan Ali Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata, dia turut membantu Barisan Nasional (BN) dengan menggesa Najib supaya ‘duduk diam’.

Najib dalam satu hantaran terbaharu di Facebook hari ini berkata, dia tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang untuk membela rakyat.

Dalam hantaran tersebut, Najib berkata, Mohamed Nazri tidak sepatutnya meminta beliau atau mana-mana ahli BN untuk berdiam diri. Malah Najib meminta Mohamed Nazri untuk bergerak ke seluruh negara untuk melawan Pakatan Harapan (PH).

“Najib akan terus berjuang membela rakyat. Kalau nak bantu parti, dialu-alukan.

“Patut dia pergi jelajah seluruh negara. Lawan PH yang menindas rakyat. Bukan dengan cara suruh saya atau mana-mana ahli duduk diam,” tulis Najib.

Mohamed Nazri semalam dilaporkan menafikan dirinya tidak membantu parti ketika BN tidak lagi menjadi kerajaan.

“Bila saya serang parti? Tidakkah saya membantu parti dengan meminta Datuk Seri Najib Tun Razak mengasingkan diri?

“Itu kira membantulah pada saya. Tengok dia tidak mengasingkan diri, dia akan memudaratkan parti,” kata Mohamed Nazri seperti yang dilaporkan Sinar Harian ketika ditemui di Parlimen semalam.

Mohamed Nazri berkata demikian untuk menjawab kritikan ramai yang mendakwa bahawa beliau kini tidak bersikap seperti dahulu, malah lebih mesra dengan PH. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Pemimpin Berpengalaman, Komited Bela Kebajikan Rakyat – Asyraf Wajdi

Jalaluddin Pemimpin Berpengalaman, Komited Bela Kebajikan Rakyat – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

JELEBU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi DUN Pertang mengekalkan Datuk Seri Jalaluddin Alias sebagai...

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anggota pasukan keselamatan khususnya tentera dan polis yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal esok diseru supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd