• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sudah Ada Calon Anggotai Lembaga Penasihat BN

oleh
10/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak akan menamakan beberapa individu bagi membantu beliau menjalankan tanggungjawab dalam menerajui jawatan baharu parti itu.

Najib berkata, perbincangan akan dibuat bersama pemimpin utama ketiga-tiga komponen parti bagi menentukan perkara itu.

“Saya akan bincang dengan Pengerusi BN Presiden MCA dan MIC dalam masa terdekat tentang pelantikan beberapa anggota lembaga bagi membantu saya menjalankan tugas sebagai penasihat.

“Sekurang-kuranganya perlu tiga orang, mungkin kalau perlu kita akan tambah lagi.

“(Nama calon) ada dalam kepala tetapi belum rujuk kepada orang berkenaan,” katanya ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN selepas keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Dewan Tertinggi BN malam ini.

Pelantikan itu dibuat sebagai usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kepercayaan yang diberi itu disifatkan sebagai satu penghormatan dan menjadi tanggungjawab besar buat dirinya untuk memulihkan kembali BN.

Katanya, BN akan terus diperkasakan berdasarkan kepada piagam baharu yang dijangka akan dilancarkan pada konvensyen gabungan itu pada September depan.

“Beberapa keputusan strategi telah kita buat pada malam ini termasuk bagaimana BN sebagai parti boleh menampilkan imej kepelbagaian bangsa, budaya dan agama supaya semua akan lihat bahawa BN ini melambangkan pencerminan masyarakat majmuk Malaysia tetapi tetap berpandu pada perlembagaan negara kita.

“Kita juga memberi tumpuan kepada orang muda, bagaimana kita boleh menarik lebih ramai lagi ahli kepada BN dan bagaimana BN di peringkat akar umbi boleh memperhebatkan lagi program-program bersama yang kini kita sedar menjadi kekurangan kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) berpegang kepada satu matlamat demi Bangsa Johor iaitu memastikan Johor terus aman,...

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd