• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Diminta Tak Buat Kenyataan Perbicaraan Di Facebook

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak lagi membuat catatan di media sosial berkaitan keterangan dalam perbicaraan kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn. Bhd. sehingga Isnin ini kerana tindakan itu boleh membawa kepada penghinaan mahkamah.

Terdahulu, Peguam Negara, Tommy Thomas memohon supaya bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung catatannya di Facebook mengenai perbelanjaan kad kreditnya kerana tindakannya itu boleh membawa kepada sub judice (sedang dipertimbangkan oleh mahkamah, oleh itu tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai).

Thomas merujuk kepada catatan Najib di Facebook mengenai keterangan saksi pendakwaan ke-47 pada 15 Julai bahawa dua kad kredit milik Najib digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam sehari, di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menerima arahan daripada anak guamnya dan dengan itu memerlukan masa untuk menyediakan hujahan mengenai perkara itu.

Muhammad Shafee berkata tindakan anak guamnya itu tidak sub judice kepada perbicaraan, bagaimanapun beliau berkata pihak pembelaan perlu meneliti perkara itu.

“Media mungkin tidak melaporkan gambaran keseluruhan kes itu. Mereka nampaknya selektif dalam penulisan mereka, memilih terhadap apa yang mereka mahu tulis,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan berunding dengan Najib mengenai perkara itu.

Thomas kemudian meminta Najib berjanji untuk tidak berbuat demikian sehingga mahkamah mendengar hujah pada Isnin.

Muhammad Shafee berkata sebelum ini semasa Najib didakwa, pihak pembelaan memohon satu perintah untuk melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kes berkenaan tetapi dibantah pendakwaan.

“Sekarang mereka mahu anak guam saya berjanji untuk tidak menyiarkan apa-apa kenyataan, yang bertentangan,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata beliau akan mendengar hujahan mengenai perkara itu pada Isnin.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan bersambung Isnin ini.

Tags: facebookNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd