• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minuman 0 Peratus Alkohol Hanya Untuk Bukan Islam

oleh
14/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar minuman arak, Heineken Malaysia Berhad berkata syarikat pengeluar produk minuman kosong peratus alkohol itu tidak akan memohon sijil penarafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut syarikat itu, jenama Heineken® 0.0 adalah produk tidak halal dan permohonan sijil halal dilihat tidak perlu walaupun minuman tersebut dikategorikan sebagai kosong peratus alkohol.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Heineken berkata, produk berkenaan dilarang untuk dijual kepada umat Islam, malah hanya boleh dibeli oleh individu bukan Islam berusia 21 tahun ke atas.

“Heineken® 0.0 hanya untuk orang bukan Islam berumur 21 tahun ke atas sahaja.

“Semua produk ini semestinya diletakkan di zon bukan halal dalam pasar raya dan kedai-kedai serbaneka dengan papan tanda yang jelas menunjukkan bahawa produk tersebut adalah dilarang untuk dijual kepada individu 21 tahun ke atas sahaja,” kata Pengurus Komunikasi Korporatnya, Ng Eng Kiat.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bahawa iklan kosong kandungan alkohol dalam produk syarikat itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, sekiranya minuman itu bebas alkohol, ia tidak boleh dinamakan arak sama sekali.

“Saya tidak faham sebenarnya, kalau kosong peratus alkohol, kenapa nak sebut arak.

“Arak adalah arak, kalau bukan arak jangan namakan alkohol halal,” katanya semalam.

Isu kandungan kosong alkohol diiklan di akhbar The Sun bertarikh 8 Julai 2019.

Ia memaparkan poster minuman zero-alcohol keluaran syarikat Heineken dengan slogan “Now You Can”.

Ia menjadi tular apabila jelas menunjukkan bahawa minuman itu tidak mengandungi alkohol. – MalaysiaGazette

Tags: arakHeineken
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd