• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masakan Kampung Pilihan Agong, Raja Permaisuri

oleh
31/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sering disajikan pelbagai juadah di restoran dan hotel terkemuka, ramai pasti tertanya-tertanya apakah menu santapan harian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sering nikmati.

Jawapan itu ada pada tukang masak Istana Abdulaziz, Hasnah Koming, 65, yang berkongsi dengan Bernama bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan peminat juadah masakan Melayu serta gemar bersantap masakan yang disediakan di istana. 

Hasnah juga mengakui Seri Paduka berdua tidak cerewet dalam juadah santapan harian, dan antara lauk yang biasa dihidangkan ialah Opor Pahang. 

Opor, sama ada menggunakan bahan utama ayam, daging atau burung adalah juadah kegemaran Al-Sultan Abdullah selain ikan patin masak tempoyak, kari ikan dan ikan masak taucu. 

“Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap, asam pedas atau stew daging. Untuk sayur, kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air, sayur campur goreng, sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak. 

“Ramai yang sukar untuk percaya bila saya katakan juadah kegemaran Tuanku adalah lauk-pauk ringkas…mereka beranggapan menu di sini (Istana Abdulaziz) istimewa setiap hari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. 

Hasnah secara berseloroh mengakui beliau tidak reti memasak juadah yang rumit, kerana kemahiran yang ada padanya hanya diperoleh secara ‘tidak rasmi’ selepas diterima masuk bekerja pada 1980 di Istana Abu Bakar di Pekan sebagai pembantu dapur. 

Katanya, dari situ beliau mula mempelajari selok-belok memasak daripada tukang masak sebelumnya, dan kini ‘tradisi’ itu diturunkan pula kepada pembantu dapur yang lebih muda. 

Menariknya, kerana sudah terlalu lama memasak, Hasnah yang digelar ‘Mak’ dalam kalangan kakitangan istana yang bersara pada 2015 dititahkan untuk kembali bekerja kerana air tangannya sudah serasi dengan selera Seri Paduka. 

“Jika memasak untuk Al-Sultan Abdullah, kepedasannya di tahap sederhana berbanding Tunku Azizah yang memang kuat pedas. Jadi, kita kena tahu bagaimana untuk menyeimbangkan rasa pedas supaya Tuanku berdua boleh bersantap hidangan yang sama,” katanya. 

Hasnah yang mengakui kehebatan Tunku Azizah di dapur berkata, baginda juga tidak pernah murka jika masakan hari itu ‘tidak menjadi’, sebaliknya akan menegur dengan lembut supaya kesilapan tersebut tidak berulang. 

Tunku Azizah juga, menurut Hasnah, banyak menurunkan ilmu mengenai masakan Johor kepadanya selain tangkas di dapur termasuk semasa menyediakan hidangan dalam kuantiti yang besar untuk majlis di Istana.

Beliau juga berkongsi cerita Al-Sultan Abdullah amat menggemari ‘juadah rumah’ sehingga Seri Paduka lazimnya akan bersantap sebelum berangkat ke sesuatu majlis atau jika kesuntukan waktu, akan menjamah hidangan selepas pulang ke istana. 

“Baginda juga tidak suka membazir. Jika pada sebelah malam saya memasak kari, kuahnya akan dipanaskan pada keesokan hari untuk Tuanku bersantap dengan roti canai atau capati,” katanya. 

Hasnah berkata, lazimnya dapur istana mula beroperasi bagi santapan tengah hari kerana sarapan baginda sama ada nasi lemak, roti canai atau capati dibeli manakala kuih seperti karipap, jemput-jemput pisang dan kuih talam dijadikan pilihan minum petang. 

Bercakap mengenai keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, Hasnah menyifatkan Seri Paduka berdua amat prihatin dengan kebajikan pekerja termasuk menitahkan hidangan tengah hari disediakan di dapur istana, walaupun semasa ketiadaan baginda berdua. 

“Tuanku juga sangat menghormati tetamu. Tunku Azizah misalnya berkali-kali berpesan supaya semua tetamu dijaga makan minumnya. Jika kedatangannya secara mengejut, apa yang ada perlu disajikan. 

“Paling tidak, tetamu Istana Abdulaziz perlu dihidangkan air…baginda bertitah siapa sahaja yang datang adalah tetamu baginda jadi kita yang kerja di sini perlu tahu apa yang hendak dilakukan,” katanya. 

Berkongsi cerita, Hasnah berkata Al-Sultan Abdullah lazimnya akan membawa ‘bekal’ jika ke luar negara terdiri daripada sambal bilis kacang dan rendang dendeng manakala Tunku Azizah gemar membawa acar buah. 

Hasnah berkata sambal belacan resepi Tunku Azizah sering dijadikan buah tangan kepada rakan terdekat dan pembesar sama ada di dalam atau luar negara. 

“Mereka yang sudah tahu mengenai sambal belacan ini pasti akan mencarinya jika datang ke Istana Abdulaziz. Biasanya kami pastikan stoknya setiasa ada di peti ais, di simpan dalam balang-balang kecil. 

“Di sini, kami gelarkan sambal belacan itu sebagai sambal belacan dunia kerana telah berjalan ke pelbagai tempat. Malah ada masanya rakan-rakan Tunku Azizah akan bertanya jika stok mereka habis,” katanya.

Tags: Al-Sultan Abdullahmasakan kampungmasakan melayuTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd