• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Margma Persoal Kenaikan Mendadak Harga Gas

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga gas asli seperti diumumkan Gas Malaysia Bhd. (GMB) akan menyebabkan harga sarung tangan getah meningkat pada masa depan susulan peningkatan kos pengeluaran, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).

Presidennya, Denis Low Jau Foo dalam kenyataan semalam berkaitan pengumuman pada Jumaat mengenai kenaikan harga yang berkuat kuasa hari ini, menyifatkan notis itu diberikan dalam tempoh amat singkat.

Menurutnya, dalam perniagaan eksport sarung tangan getah, pesanan akan diambil antara 2 hingga 3 bulan lebih awal berdasarkan kos pengeluaran oleh pembeli asing.

Beliau menyifatkan bahawa kenaikan tarif gas asli secara mendadak itu mengganggu keseimbangan pasaran sehingga berlaku peningkatan kos yang tidak dijangka.

“Pengeluar di Malaysia perlu menyerap kenaikan kos itu bagi kira-kira RM5 bilion pesanan yang diambil sebelum pengumuman tersebut.

“Ini menyebabkan, Malaysia akan kerugian kira-kira RM47.2 juta perolehan asing akibat kenaikan mendadak tarif gas untuk tempoh 3 bulan akan datang,” katanya.

Low berkata, peningkatan kos seumpama itu boleh disalurkan kepada pembeli di luar negara sekiranya diberikan notis dan tempoh masa yang mencukupi.

Beliau turut menyifatkan tindakan GMB sebagai langkah kurang tepat khususnya apabila Margma mempunyai masa dan sekali lagi memohon diberikan notis lebih awal.

Kenaikan harga gas asli kepada RM34.12 per MMBtu daripada RM32.38 per MMBtu adalah bersamaan peningkatan 5.37 peratus bagi kategori Tarif F.

“Peningkatan tersebut adalah terlalu mendadak dan kuantum juga adalah tinggi, iaitu dengan hanya diberikan notis 3 hari kepada pengeluar pada hujung minggu dan berkuat kuasa 15 Julai, 2019.

“Tarif itu lebih tinggi daripada tarif asas purata pada RM32.74 MMBtu seperti diumumkan pada 28 Disember 2016,” katanya.

Kenaikan harga gas asli seperti dianggarkan Margma akan menyebabkan pertambahan kos pengeluaran sebanyak AS$0.30 hingga AS$0.80 setiap 1,000 keping sarung tangan nitril dan kira-kira AS$0.35 hingga AS$0.85 bagi sarung tangan getah.

Kesemua pengeluar perlu menguruskan kos pengeluaran dengan berhati-hati, bergantung kepada jenis produk dan proses pembuatan selain profil penggunaan tenaga supaya tidak menanggung kerugian akibat margin keuntungan yang rendah.

“Margma juga menggesa kerajaan untuk mengkaji dan memanfaatkan kelebihan semula jadi kita seperti gas asli bagi merancakkan pertumbuhan industri dan bukan sahaja menjual gas sebagai komoditi dan memberi faedah kepada pihak lain,” kata Low.

Tags: harga gasSarung Tangan Getah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Tertentu Top Glove Didakwa Dihasilkan Buruh Paksa

30/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd...

Saham Pengeluar Sarung Tangan Getah Mula Terjejas

09/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Saham syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terlindung daripada penjualan besar-besaran ekuiti global beberapa bulan kebelakangan ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd