• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pelawa Semua Parti Melayu Sertai BERSATU

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).

“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di sini.

Perdana Menteri juga turut mengingatkan barisan kepimpinan parti supaya menjadikan episod kekalahan UMNO di Johor yang digelar sebagai kubu kuat parti berkenaan sebagai satu pengajaran.

“Yang jelas ialah walau kuat bagaimana sekalipun parti itu kalau ia sudah menyeleweng, ia akan jadi lemah. Inilah pengajaran yang kita dapat dari peristiwa dari Johor ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya.

Ketika ditanya pemberita selepas ucapan itu sama ada pelawaan beliau akan mendapat tentangan daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir berkata: ”Itu masalah dia. Kita tiada kaitan dengan parti-parti lain. Walaupun dalam PH , mereka pun dapat ahli baharu juga.”

Selain itu, beliau turut mengingatkan supaya semua ahli parti setia kepada parti dan perjuangannya dan tidak taksub kepada pemimpin tertentu.

Ketibaan Dr. Mahathir pada majlis itu jam 5.05 petang tadi disambut oleh Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang.

Selain dijamu dengan pelbagai juadah Hari Raya, Dr. Mahathir turut dipersembahkan dengan tarian zapin daripada Kumpulan Gemalai Tari Majidi dan Kumpulan Kesenian Johor Bahru serta nyanyian daripada artis, Ayai Ilusi.

Tags: BERSATUMahathir MohamadMelayupakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd