• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki 2 Tahun Minum Arak

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai meminum minuman keras dalam satu kejadian di Iskandar Puteri dekat sini semalam.

Kejadian itu disedari selepas satu video berdurasi 31 saat tular melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi semalam.

Menerusi video terbabit, seorang kanak-kanak lelaki memakai baju berwarna merah sedang meneguk arak sambil dirakam orang dewasa dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu.

Susulan itu, orang awam melaporkan kejadian kepada pihak polis mendakwa ahli keluarganya memaksa dia minum minuman keras itu sebelum ahli keluarga kanak-kanak tersebut turut tampil membuat laporan menafikan insiden itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu anak mereka meminum sendiri arak tersebut.

“Ibu bapa kanak-kanak ini beri tahu anak dia ambil sendiri tin arak yang diletakkan di atas almari tempat ibadah di rumah mereka.

“Kanak-kanak ini ditinggalkan sendiri ketika kejadian, budak-budak dia ingatkan air coca-cola jadi dia minumlah,” katanya ketika ditemui di Taman Setia Tropika di sini semalam.

Md. Yusof berkata, pihaknya kini masih dalam siasatan berhubung kejadian ini namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE

Tags: arakJohorkanak-kanakminuman keras
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd