Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Video: Padah Tunjuk Hebat...

AKSI 'superman' yang dipersembahkan seorang penunggang motosikal ini akhirnya memakan diri apabila terjatuh...

Tempat Sembelihan Baharu Mula...

KUALA LUMPUR - Tempat sembelihan baharu yang dibina di perkarangan Masjid Negara mula...

Zahid Tidak Puas Hati...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin...

2 Inspektor Polis Direman...

PUTRAJAYA - Dua Inspektor polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ditahan...

JPN Nafi Terlibat Isu Projek IC 2.0 Sabah

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terlibat dengan isu berkaitan Projek IC 2.0 Sabah serta menegaskan bahawa resit yang ditularkan bukan resit rasmi jabatan itu.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, resit urusan pendaftaran kad pengenalan seperti yang tersebar bukan resit rasmi yang dikeluarkan dan digunakan jabatan itu bagi tujuan pendaftaran.

“Ingin ditegaskan bahawa JPN tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang perseorangan untuk mewakili JPN dalam apa-apa urusan.

“Semua resit rasmi jabatan ini hanya dikeluarkan kepada pelanggan yang mempunyai urusan di kaunter pejabat JPN dan tidak diedarkan kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya,” kata JPN.

JPN berkata, pihaknya memandang serius isu yang telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap perkara tersebut.

“Orang ramai diminta tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu ini bagi mengelak sebarang kekeliruan dan gangguan ketenteraman awam,” kata jabatan itu.

Kategori