• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Semakin Hampir Dibawa Pulang – Mahathir

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador lebih mengetahui lokasi ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam usaha membawa pulangnya ke Malaysia bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh menjamin kepulangan Jho Low, namun, sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu dia sudah ‘dekat’ maknanya ia mungkin akan pulang tidak lama lagi.

“Saya tak boleh jamin (kepulangan Jho Low)… tapi jika Ketua Polis Negara maklumkan Jho Low semakin hampir untuk dibawa pulang, maksudnya beliau lebih tahu di mana Jho Low berada, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pada 7 Julai lalu, Abdul Hamid memberitahu, PDRM masih lagi dalam proses rundingan untuk membawa Jho Low pulang ke negara ini bagi membantu siasatan skandal 1MDB.

Katanya, rundingan dengan pihak berkuasa negara Jho Low bersembunyi itu perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati bagi memastikan ia tidak tersilap langkah.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan tempoh tertentu untuk rundingan itu berjaya, namun memberi jaminan Jho Low pasti akan dibawa pulang. – Astro AWANI

Tags: 1MDBAbdul Hamid BadorJho LowMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd