• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Cuma Happy Ke Luar Negara, Bawalah Balik Pelaburan”

oleh
31/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jangan cuma happy berkunjung ke luar negara. Bawalah balik pelaburan-pelaburan asing,” sindir Datuk Seri Najib Razak.

Dakwa Ahli Parlimen Pekan itu, ekonomi negara semakin tenat sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 walaupun berlaku penjualan aset negara yang dikira sebagai pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah.

Najib yang juga bekas menteri kewangan berkata, di sebalik propaganda Lim Guan Eng, sebenarnya kadar pelaburan swasta pada suku pertama 2019 cuma 0.4 peratus sahaja.

Situasi ini, katanya, menyebabkan penganalisis ekonomi bimbang tentang pelaburan swasta.

“Menteri Kewayangan boleh tipu rakyat tapi pakar-pakar ekonomi tak makan propaganda dan pengumuman indah tetapi menipu dari dia..

“Pelaburan baru yang disukat mengikut Gross Fixed Capital Formation (GFCF) sekarang adalah pada tahap paling rendah sejak krisis kemelesetan ekonomi dunia (Great Global Recession) pada tahun 2008 – iaitu kemelesatan ekonomi dunia paling teruk sejak tahun 1930an,” katanya dalam hantarannya di Facebook.

Sehubungan itu, katanya, selain menjual aset negara tiap-tiap minggu, kerajaan Pakatan Harapan mesti bekerja keras untuk menggalakkan lagi banyak pelaburan dari pihak swasta.

Dalam posting berasingannya, Najib berkata, pasaran saham tempatan kini adalah paling corot di dunia.

Kemerosotan itu juga didakwanya berlaku selepas pilihan raya lalu.

“Dulu kita diberi diiktirafkan sebagai pasaran saham paling lama menaik (world’s longest bull-run) di mana indeks saham kita berganda dari 800 mata masa saya bermula sebagai PM ke 1,896 mata sebelum PRU14.

“Kini kita adalah paling corot dalam dunia,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: luar negaraNajib Tun Razakpakatan harapanpelaburan asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd