• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Peguam Kekal Tiada Pendakwaan Terhadap Tok Mat

oleh
02/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan tiada tindakan pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kes penggubahan wang RM10 juta melalui pengurup wang ke London.

Menerusi jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong kepada Dewan Rakyat, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes itu telah selesai dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada tahun 2011.

Katanya lagi, pada tahun 2013, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan tiada tindakan pendakwaan dalam kes tersebut dan siasatan telah dihentikan.

“Walau bagaimanapun, pada April 2019 kertas siasatan telah dikemukakan untuk penelitian semula.

“Pada 2 Mei 2019 pihak Jabatan Peguam Negara telah mengekalkan keputusan ‘No Further Action’ (tiada tindakan lanjut) setelah meneliti hasil siasatan,” menurut menteri itu dalam jawapan bertulis tersebut hari ini.

Jawapan itu bagi menjawab pertanyaan daripada RSN Rayer (PH-Jelutong) semalam yang mahu tahu apakah hasil siasatan SPRM terhadap Mohamad mengenai kes penggubahan wang RM10 juta melalui pengurup wang ke London, untuk pembelian sebuah pangsapuri mewah di London.

Isu berkenaan dibangkitkan oleh parti lawan pada April lalu sewaktu Timbalan Presiden UMNO itu sedang menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dimenanginya. – UTUSAN ONLINE

Tags: jabatan peguam negaraMohamad HasanParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd