• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Had Umur Belia Johor Selesai, Tetap Kekal 40 Tahun

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan tetap dengan pendirian untuk mengekalkan had umur golongan tersebut kepada 40 tahun.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, walau bagaimanapun, dalam tempoh sebelum pindaan Akta 668 itu diwartakan, kerajaan negeri akan melakukan perjumpaan dengan semua pihak terlibat termasuk persatuan belia.

Beliau turut berharap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali akan bekerjasama dengan Menteri Belia san Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjayakan pertemuan itu.

“Saya rasa isu belia In Sha Allah dah selesai.

“Jadi, saya harap dan kalau boleh Exco Belia bekerjasama dengan menteri mengadakan perjumpaan untuk memberi penerangan kepada semua persatuan belia supaya mereka faham mengenai pindaan Akta 668 itu,” katanya ketika diminta mengulas berhubung isu had umur belia.

Dr. Sahruddin ditemui pemberita pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada 150 jemaah haji rombongan pertama kerajaan negeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini malam tadi.

Ditanya adakah kemungkinan selepas pertemuan dan sesi penerangan kepada semua persatuan belia had umur golongan itu di negeri ini akan bertukar, beliau berkata, perkara tersebut diserahkan kepada Exco Belia.

“Itu kita serahkan kepada Exco Belia untuk membuat perjumpaan dan nanti apa-apa keputusan dia akan memberi laporan kepada kerajaan negeri.

“Jadi, buat masa ini, biar Exco berkenaan menjalankan perjumpaan dan sesi penerangan itu terlebih dahulu,” katanya.

Tags: had umur beliaJohorSahruddin Jamal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd