• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Isi Rumah Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Negara Maju

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hutang isi rumah di Malaysia pada masa ini adalah tinggi pada kadar 82.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri memberitahu, kadar ini adalah lebih tinggi daripada negara-negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi seperti Itali (40.3 peratus daripada KDNK), Jepun (58.1 peratus daripada KDNK) dan Amerika Syarikat (76.3 peratus peratus daripada KDNK).

Meskipun risiko hutang isi rumah ke atas kestabilan kewangan domestik adalah terkawal, menurut Dr. Mahathir, namun, telah wujud tanda-tanda kesukaran dalam kalangan peminjam untuk membayar balik hutang.

Jelasnya, hal ini berlaku terutamanya kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan dan tinggal di kawasan bandar.

“Pemerhatian ini turut disokong oleh peningkatan bilangan peminjam yang menyertai Program Pengurusan Hutang atau (Debt Management Program) yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

“Saya difahamkan kira-kira 80 peratus daripada peserta program ini didapati terlalu optimistik tentang kemampuan mereka untuk membayar balik hutang dan menanggung kos sara hidup semasa mereka mengambil keputusan untuk meminjam. Ada yang tidak fikir akan membayar hutang apabila meminjam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran; Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menambah, usaha untuk meningkatkan literasi kewangan ini menjadi amat penting dan merupakan pelengkap kepada inisiatif penggubalan Akta Kredit Pengguna untuk mengukuhkan rangka kerja perlindungan pengguna kredit di Malaysia. �

Beliau memberitahu, Akta Kredit Pengguna sedang digubal melalui kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pembangunan Usahawan; BNM; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta agensi lain berkaitan.

“Akta ini penting kerana ia bertujuan untuk memastikan pengguna kredit menerima layanan yang adil semasa berurusan dengan pemberi kredit.

“Penggubalan Akta ini akan disegerakan demi melindungi kepentingan pengguna dan menggalakkan pasaran kredit yang sihat,” ujarnya.

Tags: Bank Negara Malaysiahutang isi rumahKDNKMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd