• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Pertabalan Agong Juga Cuti Umum Pekerja Swasta

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuti umum sempena Hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Selasa depan boleh digantikan dengan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja sektor swasta.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua majikan dikehendaki memberitahu pekerja mereka sama ada memilih tarikh 30 Julai ini sebagai hari cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh-tarikh lain.

Jelas kenyataan lagi, sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.

“Cuti kelepasan am tambahan ini telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala bagi Sabah serta Sarawak, ianya selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.

“Kenyataan ini disiarkan untuk menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan mereka memberi cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja selain menggariskan hak pekerja mendapat cuti umum bergaji bagi hari kelepasan berkenaan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan dalam negara,” kata kenyataan itu. 

Tags: Istiadat Pertabalan Agongpekerja sektor swastaYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Pekerja Swasta Diberhentikan

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24,600 pekerja sektor swasta diberhentikan kerja sehingga 30 September lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri...

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd