• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Jual 100% Kepentingan Ekuiti Dalam FGVCO RM100 Juta

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd. (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co. Ltd. (GIH) pada harga RMB165 juta (kira-kira RM100 juta).

Untuk tujuan itu, FGV dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata, pihaknya sudah memeterai Perjanjian Pemindahan Ekuiti dengan GIH bagi penjualan 100 peratus ekuitinya dalam FGVCO.

FGV berkata, penjualan ekuiti itu yang dibuat pada 10 Julai itu.

GIH adalah syarikat yang diperbadankan di China yang tersenarai di Shenzhen Stock Exchange.

Dana pemegang saham FGVCO sehingga 31 Disember lalu adalah sebanyak RMB107 juta.

FGVCO adalah anak syarikat milik penuh FGV di Dongguan, China dan ia terbabit secara prinsipal dalam pemprosesan, penapisan, penyimpanan dan pemasaran minyak berkenaan bagi pasaran China.

“FGVCO sedang mengalami kerugian berulang berikutan perbezaan pasaran yang berpunca daripada persaingan daripada pembekal serantau.

“Penjualan berkenaan tidak memberi kesan secara material ke atas perniagaan semasa FGV di China atau pelan strategiknya bagi pasaran China,” kata kenyataan itu.

FGV berkata, cadangan penghapusan kepentingan dalam FGVCO adalah selaras dengan pelan pembaharuannya untuk menghapuskan aset yang tidak memberangsangkan dan memberi tumpuan untuk memaksimumkan pulangan daripada perniagaan teras dan yang menunjukkan prestasi baik.

“Hasil daripada cadangan penghapusan berkenaan akan digunakan bagi keperluan modal kerja awam untuk syarikat. Penghapusan berkenaan juga dijangka tidak mempunyai sebarang impak signifikan ke atas perolehan sesaham FGV Group.

“Kami menjangkakan penghapusan berkenaan akan siap antara hujung 2019 dan suku pertama 2020,” katanya. – BH Online

Tags: ChinaFGVFGVCOGIHpegangan ekuiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd