• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eskalator Resort World Genting Highlands Terbakar

oleh
02/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Eskalator pelbagai tingkat yang terletak di antara Hotel Genting Grand dan Hotel First World, Genting Highlands terbakar kira-kira pukul 6 petang semalam.

Resort World Genting dalam satu kenyataan berkata pihak pengurusan melaporkan tiada sesiapa yang cedera dan resort itu tidak terjejas kerana kawasan kebakaran terletak di kawasan yang terasing.

“Pelanggan segera dibawa ke tempat yang selamat oleh pasukan tindakan kebakaran resort itu yang berada di lokasi dan serta merta membuat kepungan di kawasan kebakaran.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dalam masa 10 minit dan kebakaran dipadamkan dengan serta-merta,” kata kenyataan itu.

Ia berkata semua operasi resort itu kembali seperti biasa.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata kebakaran hanya melibatkan bahagian landskap yang mempunyai hiasan pokok bunga plastik sebelum merebak ke bahagian bangunan.

“Anggaran kebakaran adalah 10% dan kebakaran dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata 8 anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.13 petang.

Tags: eskalatorgenting highlandskebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd