• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ejek Nama Ibu Punca Pelajar Sekolah Dipukul

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Insiden pelajar lelaki sebuah sekolah berusia 14 tahun di sini dipukul oleh pelajar lain dipercayai berpunca daripada perbuatan mengejek nama ibu salah seorang pelajar terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, perbuatan mengejek nama ibu itu telah menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dan rasa tidak puas hati antara dua pelajar berkenaan.

“Suspek yang memukul merupakan rakan sekelas. Tiada senjata yang digunakan semasa kejadian. Pengadu mengalami sakit-sakit di bahagian bahu, leher, pinggang, ibu jari kaki.

“Polis akan memanggil pelajar terlibat dan juga saksi kejadian untuk dirakam percakapan. Tiada sebarang penahanan setakat ini. Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar lelaki dilaporkan cedera pada bahagian kepala dan badan akibat menjadi mangsa buli di sekolah petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa dipukul oleh seorang pelajar lelaki lain, manakala beberapa lagi pelajar sekolah itu merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Insiden buli itu berlaku di sebuah kawasan letak motosikal berhampiran bangunan asrama warden sekolah itu.

Tags: kes pukulpelajar sekolahpergaduhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Hadir Hari Kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-254

Next Post

Kilang Haram Di Pasir Gudang Akan Ditutup

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

21/12/2024
0

SHAH ALAM - Pasukan polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meleraikan pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen...

Next Post

Kilang Haram Di Pasir Gudang Akan Ditutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd