• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Kesesakan Mampu Biaya Hutang Pengambilalihan 4 Lebuh Raya

oleh
09/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kutipan caj kesesakan yang akan dikenakan ke atas empat lebuh raya yang dicadang untuk pengambilalihan kerajaan mencukupi untuk membiayai bayaran balik hutang bon sebanyak RM6.2 bilion, segala kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya tanpa memerlukan peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

Dengan kata lain, kos pengambilalihan tersebut akan dibayar balik dengan sendirinya daripada kutipan caj kesesakan tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Dengan sistem caj kesesakan baharu seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kerajaan secara prinsipnya akan memberikan diskaun sehingga 30 peratus kepada para pengguna empat lebuh raya berkenaan pada waktu luar puncak dan kadar percuma pada waktu bukan puncak.

Pengguna empat lebuh raya ini akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun, katanya.

Menurut beliau lagi, tempoh konsesi lebuh raya tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti yang termeterai dalam perjanjian konsesi sedia ada.

Setelah tempoh konsesi tamat, caj kesesakan akan dikurangkan lagi bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sahaja, tanpa mengandungi sebarang unsur keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam-BN) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan rasional kerajaan mengambil alih empat lebuh raya.

Keempat-empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang ditawarkan pada harga RM1.38 bilion , Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) sebanyak RM2.47 bilion, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) (RM1.98 bilion) dan Terowong SMART (RM369 juta).

Guan Eng berkata, cadangan tersebut telahpun diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 27 Februari 2019 dan Kementerian Kewangan sudah memberi tawaran rasmi bersyarat pada 21 Jun lalu.

Tawaran bersyarat ini apabila diluluskan oleh pemegang saham dan pemiutang empat syarikat konsesi terbabit, ia masih tertakluk kepada kelulusan muktamad Jemaah Menteri.

Tarikh tamat konsesi bagi KESAS adalah pada tahun 2028, LDP (2030), SPRINT (2031-2034) dan SMART (2042).

Di samping itu, pengambilalihan keempat-empat lebuh raya ini akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol di lebuh raya berkenaan sehingga akhir hayat konsesi.

Pampasan ini tidak perlu lagi dibayar selepas lebuhraya-lebuhraya ini diambil alih oleh Kerajaan, bermaksud kerajaan juga sama-sama menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion yang boleh digunakan untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.

“Oleh sebab kadar tol akan dikurangkan mengikut model caj kesesakan ini, pengguna akan dapat menjimatkan sehingga RM180 juta setahun atau pun hampir RM2 bilion sepanjang baki tempoh konsesi masing-masing bagi keempat-empat lebuh raya ini.

“Penjimatan besar untuk pengguna dapat dicapai kerana unsur keuntungan telah dikeluarkan daripada model pengambilalihan
konsesi tol ini,”
ujarnya.

Guan Eng berkata, fakta-fakta ini dengan secara langsung membuktikan model konsesi lebuh raya bertol di bawah kerajaan Barisan Nasional hanya menguntungkan pihak konsesi dan tidak mengutamakan rakyat. – MalaysiaGazette

Tags: caj kesesakanKonsesi Tollebuh rayaLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

15/06/2026
0

BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd