• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bernard Arnault Kini Orang Kedua Terkaya Dunia

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari tahun 2010 hingga 2013, Bernard Jean Étienne Arnault yang juga Pengerusi dan Ketua Eksekutif syarikat konglomerat mewah terbesar dunia, Moët Hennessy – Louis Vuitton SE (LVMH) berada dalam senarai nombor dua terkaya di dunia.

Pencapaian Arnault itu sekali gus mengenepikan pengasas Microsoft, Bill Gates berdasarkan Indeks Bilionair Bloomberg, lapor CNN Business.

Kekayaan sebanyak AS$108 bilion itu merangkumi nilai pegangan beliau dalam pelbagai anak syarkat LVMH, aset peribadi dan awam.

Syarikat LVMH yang dicipta pada tahun 1987 menerusi gabungan antara dua jenama terbesar Perancis pada ketika itu kini mempunyai 60 jenama terkenal yang tersenarai sebagai anak syarikatnya seperti Sephora, TAG Heuer dan Kenzo.Di samping menjadi orang paling kaya dalam dunia fesyen dan barangan mewah, Arnault juga berkecimpung dalam dunia pelaburan, seni halus dan media.

Arnault juga dilaporkan memiliki sebanyak 97.4 peratus kepetingan saham dalam jenama fesyen mewah Christian Dior.

Christian Dior pula mengawal 41 peratus kepentingan dalam LVMH seperti tertulis dalam Laporan Tahunan syarikat berkenaan pada 2018.

Selain daripada skandal 1MDB, nama Arnault juga dikaitkan dengan kontroversi politik apabila pelbagai portal berita melaporkan hubungan rapatnya dengan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Pada April lalu, beliau telah berjanji untuk menyumbangkan sebanyak Euro 200 juta kepada usaha pembinaan semula gereja Notre-Dame, Perancis yang telah musnah akibat kebakaran.

Kedudukan nombor satu dalam Indeks Bilionair Bloomberg menyaksikan pengasas syarikat jualan dalam talian terbesar di dunia, Amazon, Jeffrey Preston Bezos atau lebih dikenali sebagai Jeff Bezos.

Kekayaan Bezos yang direkodkan ialah AS$124 bilion.

Sementara, individu terkaya di dunia yang berada di kedudukan keempat ialah pelabur terkemuka dunia, Warren Buffet dengan kekayaan sebanyak AS$81.9 bilion diikuti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg (AS$78.7 bilion).

Berikut senarai 10 individu terkaya seperti yang dikeluarkan Indeks Bilionair Bloomberg:

Tags: 1MDBBernard Jean Étienne Arnaultindividu terkaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd