• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar ‘Cybertrooper’: “Selamat Menangkap Kit Siang” – Najib

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sudi untuk membantu Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk mengesan laskar siber atau ‘cybertrooper’ yang dikatakan diupah oleh beliau.

Ini susulan Penasihat DAP itu dilaporkan memberi cadangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk menyiasat pembiaya laskar siber seperti yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Hari ini, MenHEN kata dia nak tangkap cybertooper yang sering kecam dia. Dia tuduh sayalah yang bayar ‘cybertooper-cybertrooper’ ini.

“Ok. Saya sudi tolong MenHEN. Kat link ini mungkin ada banyak cybertrooper yang dicari-cari dia:
https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts/10156349422990906,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Najib berkata, beliau tidak faham mengapa ramai yang meluahkan kemarahan terhadap Kit Siang di Facebook, “Tapi saya ucapkan selamat menangkap kepada MenHEN.”

Memetik laporan Malaysiakini, Kit Siang dalam satu kenyataan media semalam berkata, Najib mempunyai rekod menyebarkan pembohongan dan merupakan ‘bapa’ kepada laskar siber yang digunakan untuk menyerang pembangkang.

Kit Siang berkata, beliau menganggarkan Najib telah menghabiskan puluhan atau bahkan ratusan juta ringgit untuk projek (cybertrooper) ini yang antara lain, memberi keyakinan kepadanya bahawa dia akan menang besar dalam PRU14, malah memperoleh semula majoriti dua pertiga parlimen.

“Selama beberapa bulan selepas kekalahan UMNO-BN yang tidak dijangka pada 9 Mei 2018, cybertroopers berkenaan tidak muncul di media sosial.

“Tetapi kini mereka telah kembali ke media sosial Malaysia untuk membalas dendam, yang bermaksud bahawa dana untuk tentera cybertroopers penyebar kepalsuan ini telah disusun semula dan dilengkapkan.

“Mungkin ini tip bagi SKMM dan polis, untuk menyiasat pembiaya cybertroopers dalam media sosial dalam kempen untuk memerangi mesej palsu,” kata Kit Siang.

Kit Siang berkata demikian sebagai respon kepada ucapan Najib baru-baru ini di mesyuarat agung UMNO Bahagian Pendang yang mana beliau mendakwa pemimpin DAP mencadangkan penubuhan BERSATU untuk memecah belahkan politik orang Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tags: cybertrooperDAPLim Kit SiangNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd