• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Petik Ayat Al-Quran

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sedang berdepan dengan tekanan ekoran penyebaran video seks sejenis yang disahkan tulen oleh polis, hari ini memetik ayat al-Quran dari surah An-Nur.

Ayat itu menyeru orang yang beriman supaya bersangka baik dengan seseorang yang dituduh melakukan sesuatu perbuatan.

Melalui twitternya dengan tanda pagar #TwitJumaat, Mohamed Azmin memuat naik terjemahan dari ayat 12 surah tersebut yang bermaksud: “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.”

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin itu adalah tulen, namun pelakunya tidak dapat disahkan.

Ekoran itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu perlu meletakkan jawatan sekiranya video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip dirinya disahkan benar.

Dalam reaksi balasnya pula, Mohamed Azmin meminta Anwar lihat dirinya dalam cermin selain menyuruh Anwar bermuhasabah dengan melihat diri sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tags: Al-QuranMohamed Azmin AliSeks Luar TabiiSurah An-Nurvideo seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd