• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Minta Shamsul Iskandar Jangan Jadi Munafik

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menggesa agar pemimpin dan penjawat awam yang terpalit dengan salah laku supaya bercuti.

Menurut laporan Malaysiakini, Mohamed Azmin turut mengingatkan Shamsul Iskandar agar tidak menjadi ‘munafik’.

“Jangan jadi munafik,” katanya ringkas sambil ketawa kecil selepas sesi Dewan Rakyat hari ini.

Azmin yang juga Menteri Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata demikian selepas ditanya pemberita berhubung cadangan Shamsul Iskandar agar pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku supaya bercuti.

Dalam kenyataan media sebelum itu, Shamsul Iskandar menggesa pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku supaya bercuti sementara daripada menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai sepenuhnya.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, kenyataan Shamsul Iskandar itu dipercayai merujuk kepada Mohamed Azmin yang dikaitkan dengan video seks songsang bersama bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Katanya, tindakan itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil.

Shamsul Iskandar juga menegaskan bahawa jasa bakti serta kedudukan seseorang itu tidak boleh mengaburi kedaulatan undang-undang.

Mohamed Azmin dikaitkan dengan Haziq setelah beberapa rakaman video semburit tersebut yang didakwa mirip wajahnya tersebar sejak sebulan lalu.

Haziq mengaku merupakan individu dalam video tersebut manakala Mohamed Azmin menafikan dirinya terlibat dan mendakwa ia adalah komplot untuk memusnahkan karier politiknya.

Semalam, Haziq bersama lima lagi direman bagi membantu di bawah Seksyen 292A Kanun Keseksaan, berkaitan pengedaran bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua individu itu ditahan bagi membantu siasatan dipercayai terlibat dalam konspirasi merakam video seks luar tabii berkenaan.

“Kesemua mereka direman selama enam hari sehingga Sabtu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mohamed Azmin AliPKRSeks Luar Tabiiseks songsangShamsul Iskandarvideo semburit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd