• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Diejek Ketika Berucap Dalam Sambutan Hari Peneroka

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sorakan mengejek jelas kedengaran apabila Mohamed Azmin Ali berucap di hadapan ribuan peneroka Felda pada satu majlis yang turut menyaksikan kehadiran Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, di Pahang semalam.

Klip video kejadian itu tular di media sosial, yang menunjukkan ucapan Azmin ditenggelamkan oleh sorakan “boo” dalam kalangan peserta yang menghadiri sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3 di Rompin.

Azmin berucap tentang usaha kerajaan baru memulihkan Felda berikutan dakwaan salah pengurusan dan salah guna dana sewaktu beliau diejek oleh hadirin.

Ketika diminta komennya, sekutu Azmin dalam PKR, Aliff Bahardin berkata, reaksi khalayak itu tidak mengejutkan kerana mereka berada di “wilayah musuh”.

“Anda perlu faham, kita berada di negeri UMNO, iaitu Pahang, dan pasti akan ada orang yang membuat kacau.

“Berikutan begitu banyak skandal dalam Felda yang disebabkan oleh UMNO, perkara sebegitu bukanlah besar. Kita perlu fokus pada sebanyak mana wang yang dicuri daripada Felda semasa pemerintahan Umno dan Najib Razak,” kata timbalan ketua PRK Permatang Pauh itu kepada FMT.

“Azmin kini sedang berusaha memulihkan Felda. Mengembalikan zaman kegemilangannya.”

Menteri hal ehwal ekonomi itu berdepan tekanan besar kebelakangan ini berikutan dakwaan mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang bekas pemimpin pemuda PKR Sarawak.

Haziq Aziz yang membuat dakwaan itu kini dipecat sebagai ahli PKR, selain hilang jawatannya dalam kerajaan.

Polis berkata, ia masih menyiasat video tular menunjukkan 2 lelaki mengadakan hubungan sejenis dalam sebuah bilik di sebuah hotel.

Azmin menafikan beliau merupakan lelaki di dalam video berkenaan, dengan berkata, ia merupakan percubaan untuk membunuh kerjaya politiknya. – FMT

Tags: Mohamed Azmin AliPeneroka FELDAPKRvideo semburit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

22/04/2026
0

KUALA SELANGOR – Kepimpinan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor berdepan tekanan selepas satu usul undi tidak percaya terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd