• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Gugur Dakwaan Tapi Malaysia Tuduh Riza ‘Cuci’ Wang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kes pelucuthakan terhadap Riza Aziz digugurkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) tetapi Malaysia tetap mendakwa anak tirinya atas 5 tuduhan ‘cuci’ wang.

Beliau berkata Riza tidak pernah didakwa DoJ dengan kes jenayah selepas 4 tahun penyiasatan walaupun Red Granite Holdings, syarikat milik Riza berpangkalan di AS dan sebilangan transaksi berlaku di negara itu.

“DoJ pernah menyaman Riza dengan saman sivil lucuthak tentang lima-lima transaksi ini kerana mendakwa ada dana daripada pelabur yang didakwa boleh dikesan sumbernya daripada 1MDB.

“Segala pelaburan filem ada perjanjian pelaburan masing-masing.

“Saya difahamkan juga sebahagian daripada dana pelaburan itu juga dipulangkan setelah projek berjaya,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata demikian mengulas 5 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap Riza melibatkan 5 pindahan wang ke akaun bank Red Granite.

Riza didakwa di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Filem terbitan Riza, “The Wolf of Wall Street” lakonan Leonardo DiCaprio dinamakan oleh DoJ dalam saman pelucuthakan sivilnya untuk mendapatkan berbilion dolar yang dicuri daripada 1MDB.

Penyiasat berkata sebahagian daripada wang yang dicuri itu digunakan untuk membiayai penerbitan filem itu, yang dianggarkan bernilai AS$100 juta.

Pada Mac tahun lepas, Red Granite bersetuju membayar AS$60 juta (RM234 juta) kepada kerajaan AS untuk menyelesaikan tuduhan bahawa ia mendapat keuntungan daripada wang rasuah melibatkan 1MDB. Pembayaran itu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan. – FMT

Tags: AmlaDOJNajib Tun RazakRed Granite Holdingsriza aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA Kecam Penahanan Amir Hadi, Dobby Chew Bawah Akta AMLA

Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA Kecam Penahanan Amir Hadi, Dobby Chew Bawah Akta AMLA

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA mengecam penahanan Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hadi dan Pengarah Kewangannya, Dobby...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd