• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Yang Anda Perlu Tahu Trend “Bottle Cap Challenge”?

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENTUNYA bukan dunia media sosial tanpa ‘challenge‘ ataupun cabaran baharu!

Pada Julai 2018, cabaran “In My Feelings” atau lebih dikenali sebagai “Keke Challenge” menggegarkan dunia Internet dan menyaksikan warga dunia menari di luar kenderaan atau tempat terbuka menggunakan lagu penyanyi antarabangsa, Drake berjudul ‘In My Feelings’.

Kali ini, cabarannya berbeza dan sedikit mencabar berbanding trend sebelum ini.

Laman media sosial sekali lagi dibanjiri hashtag #BottleCapChallenge yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan ‘side-kick’ tanpa menjatuhkan botol tersebut.

Bagi membuat aksi ini dengan sempurna, anda perlu meletakkan botol pada permukaan yang rata dan membuka penutupnya dengan tendangan yang dikenali sebagai tendangan ‘round house’ dalam seni bela diri campuran.

Trend ini bermula apabila juara featherweight UFC, Max Holloway dan pereka fesyen, Errolson Hugh mencabar penyanyi John Mayer untuk mengambil bahagian dalam ‘sukan’ yang trending ini pada minggu lalu.

Holloway memuat naik video pada laman Instagramnya dan menyampaikan cabaran tersebut kepada Mayer.

“Saya ingin sampaikan cabaran ini kepada John Mayer.

“Jika anda tidak dapat menyelesaikan cabaran ini, anda perlu datang ke Hawaii selepas konsert jelajah anda dan “menendangnya” dengan kami sehingga sempurna,” kata Holloway dalam entri di akaun Instagram miliknya.

Mayer menyahut cabaran tersebut dan memuat naik video menerusi laman Instagram peribadinya serta mencabar pelakon Jason Statham untuk membuka penutup botol dengan cara yang luar biasa.

Rata-rata netizen, atlet dan selebriti tempatan serta antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam cabaran ini.

Antaranya penyampai radio ERA, Radin dan pelakon Paskal, Hairul Azreen.

Tidak dilupakan juga selebriti antarabangasa Ellie Goulding, Diplo, Jon Jones, Yura Yunita dan ramai lagi.

Paling menakjubkan adalah aksi pelakon filem Ip Man, Donnie, yang melakukan aksi tersebut dengan mata tertutup! – Astro AWANI

Tags: Bottle Cap Challengemedia sosialtrend
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd