• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Santuni Gelandangan Di Masjid Jamek

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Selain beramah-mesra, baginda turut mengurniakan 250 beg sumbangan termasuk makanan tengah hari tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada gelandangan.

Seri Paduka Baginda kemudiannya meluangkan masa melawat ke persekitaran Masjid Jamek termasuk meninjau Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) dan bilik galeri.

Baginda juga berkenan menunaikan solat Zohor berjemaah di Majid Jamek sebelum berangkat pulang.

Turut hadir mengiringi baginda dalam program berkenaan ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Abdul Aziz Jusoh; Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Sementara itu, Mohd Ajib berkata, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan rasa puas hati dengan pelaksanaan program berkenaan.

“Tuanku telah berkenan berangkat bersama kita apabila mendengar bahawa Jawi dan MAIWP akan mengadakan program menyantuni gelandangan. Kita rasa bersyukur kerana Tuanku secara tidak formal maklumkan akan berangkat datang secara santai.

“Malah, sebelum berangkat pulang Baginda bertitah berasa seronok kerana kita menyantuni gelandangan dan berpuas hati dengan konsep masjid yang digunakan,” katanya kepada media selepas program berkenaan.

Katanya, menjadi matlamat Jawi dan MAIWP untuk menjadikan Masjid Jamek sebagai tempat menyantuni semua golongan tanpa mengira latar belakang.

“Masjid Jamek ini kita kategorikan sebagai masjid pelancongan dan ini cara kita jadikan masjid yang rahmah bagi menyantuni semua golongan tak kira agama.

“Sebahagian daripada gelandangan yang dibantu tadi juga bukan Islam. Memang niat kita untuk menjadikan masjid ini mesra dengan semua golongan,” katanya.

Menurut beliau, pihak Istana Negara juga telah menyatakan persetujuan untuk program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.

Tags: Al-Sultan AbdullahgelandanganMasjid JamekYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd