• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Mampu Selesaikan Perebutan Jawatan PM

oleh
14/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pemilihan Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk ditentukan mengikut budi bicara baginda seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, isu pengganti Dr. Mahathir bukanlah besar dan sukar untuk diselesaikan tetapi sengaja ditimbulkan seolah-olah ia tidak boleh diselesaikan.

Katanya, dengan menyerahkan kuasa melantik perdana menteri itu kepada Agong, pentadbiran negara dapat memberi fokus kepada penyelesaian janji kepada rakyat.

“Apabila perdana menteri meletakkan jawatan, dia boleh cadang penggantinya tetapi Agong boleh menggunakan budi bicaranya untuk melantik sesiapa di kalangan Ahli Parlimen yang difikirkan mempunyai sokongan majoriti dalam Parlimen.

“Apabila selesai masalah ini, rakyat boleh diberikan tumpuan oleh kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai masalah,” katanya ketika menyampaikan syarahan dalam program Bicara Bersama Tokoh bertajuk Masa Depan Politik Melayu anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Safari Resort Sungai Perak, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu merasakan Dr. Mahathir perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara dalam tempoh yang telah dipersetujui.

Katanya, desakan pihak tertentu agar mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya tindakan sia-sia kerana kuasa melantik perdana menteri ditentukan oleh Agong.

“Nampaknya orang dah jolok Anwar nak ganti (Dr. Mahathir) tapi soalnya bukan orang yang jolok menentukannya, itu terpulang kepada Agong apabila Dr. Mahathir berhenti (melepaskan jawatan perdana menteri). Proses ini mudah sebenarnya.

“Mahathir nampaknya tak suka dipaksa-paksa begitu dia kata ada perjanjian (serah jawatan perdana menteri) tapi dia nak masa,” katanya dalam sidang media selepas program tersebut.

Isu peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr. Mahathir kepada Anwar terus mencetuskan polemik selepas beberapa kenyataan sebelum ini yang mahukan ia dipercepatkan.

Bagaimanapun terdapat beberapa pemimpin dalam PH yang mahukan lebih masa diberikan kepada Dr. Mahathir menjadi perdana menteri untuk menyelesaikan pelbagai isu dalam negara. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadTengku Razaleigh Hamzah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd