Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Rahman Dahlan Jumpa Timbalan...

NEW YORK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

SPRM Buru Individu Ke-2...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu kedua yang...

Jerebu: Banting Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kawasan Banting, Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran...

Harga Susu Di Singapura...

SINGAPURA - Setelah teruk dibebankan dengan kos sara hidup cukup tinggi termasuk tarif...

ADUN Kota Anggerik Nafi Terlibat Video Seks Sejenis

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menafikan terlibat dalam aktiviti penyebaran video seks sejenis mirip seorang menteri baru-baru ini.

Beliau menegaskan kesemua itu hanya spekulasi untuk melaga-lagakan pemimpin terutama di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dalang (tuduhan ke atasnya) semua ini tak masuk akal, ini semua mainan spekulasi yang bertujuan mahu melaga-lagakan pemimpin,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Najwan sebelum ini ditahan hampri dua jam oleh pihak polis Bukit Aman untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran video tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya ucapan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengenai bayangan dalang penyebaran itu semakin diketahui dalam program untuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasminya pada malam Ahad lalu, Najwan menjawab:

“Itu kena tanya dia dan saya tidak hadir serta tidak mengikutinya. Saya hanya baca dalam media sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Kategori