• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Acara Utama Sempena Istiadat Pertabalan Agong

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam acara utama disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermula Khamis ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Roziah Abudin, berkata semua acara itu ditentukan melalui Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan yang dipengerusikan Menteri di JPM, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Roziah berkata, acara dimulakan dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat pada Khamis ini di Masjid Negara, Istiadat Pertabalan pada 30 Julai di Balairung Seri Istana Negara dan diikuti Majlis Santapan Diraja keesokan harinya di Dewan Santapan Utama Istana Negara.

Tiga lagi acara lain ialah Lawatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras (1 Ogos), Pameran Raja Kita di Muzium Diraja di sini (5 Ogos hingga 5 November) serta Khutbah Khas dan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada 2 Ogos.

Roziah berkata demikian ketika menjadi tetamu khas slot Prisma yang disiarkan di Selangor FM hari ini.

Beliau berkata, rakyat jelata dialu-alukan untuk membabitkan diri dalam beberapa acara terbuka seperti majlis bacaan Yasin dan solat hajat serta khutbah khas dan solat Jumaat, sekali gus memberi peluang rakyat untuk mendekati dan melahirkan tanda menjunjung kasih kepada Seri Paduka berdua.

Istiadat Pertabalan yang menjadi acara utama, akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rakyat boleh memanfaatkan hari kelepasan am pada hari itu untuk menyaksikan istiadat bersejarah itu.

“Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah payung kedaulatan negara dan menjadi simbol perpaduan, lambang kestabilan dan kemegahan negara.

“Justeru, kerajaan berharap seluruh rakyat bersama-sama menghayati istiadat ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan semua pihak termasuk kementerian, agensi dan organisasi swasta menyemarakkan istiadat pertabalan itu dengan menganjurkan aktiviti yang menjunjung sistem raja berperlembagaan dan institusi Yang di-Pertuan Agong. 

Tags: Al-Sultan AbdullahYang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd