• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Akan Desak PKR Pecat Haziq

oleh
19/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTARAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa tidak bijaksana apabila masih gagal mengambil tindakan tegas ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, parti seharusnya sudah bertindak tegas dengan memecat bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama itu atas perbuatan yang diakui dilakukan sendirinya di khalayak umum.

“Secara prinsipnya tindakan PKR sendiri, saya rasa kurang bijaksana apabila Haziq seorang pelaku yang mengaku tentang kesalahan yang dilakukan secara terbuka, sudah tentunya kelakuan luar tabii itu satu jenayah serius.

“Jadi sepatutnya tindakan pecat harus dibuat ke atas anggota ini kerana dia memalukan parti dan mencemarkan kepimpinan parti juga,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan, Pelancaran I-Gadaian aplikasi mobil Pajak Gadai serta Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian sebentar tadi.

Tambah beliau, semua pihak yang peka dengan situasi yang melanda PKR pemimpinnya, Datuk Seri Azmin Mohamad Ali ketika ini perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa polis menyiasat dan bertindak mengikut lunas undang-undang.

“Jika Azmin dianggap pesalah tetapi beliau menafikan keterlibatan beliau (video semburit), maka kita biarkan kepada polis untuk buat siasatan dan kita tunggu keputusannya.. itu saya rasa lebih bijak.

“Jadi di sini saya lihat kepimpinan Keadilan tidak membuat keputusan agak tidak bijaksana dan insya Allah petang ini saya akan bangkitkan desakan memecat Haziq kepada mesyuarat Biro Politik PKR nanti,” tegasnya.

Beliau juga ditanya sekali lagi sama ada serius membawa soal memecat Haziq ke mesyuarat Biro Politik Parti petang ini, Ahli Parlimen Ampang itu dengan tenang lantas menjawab: “ya, itu yang saya nak bangkitkan dalam parti nanti petang ini.”

Tags: Haziq AzizPKRSeks Luar Tabiivideo semburitZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

22/07/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh mengingatkan pengundi Negeri Sembilan bahawa manifesto hanyalah janji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd