• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Lucah: Hilman Lapor Polis, Nafi Ugut Haziq

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham menafikan sekeras-kerasnya laporan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang menuduh dia melakukan ugutan semasa pertemuan di Zest Coffee House, Hotel Marriott di sini pada pukul 2.40 petang, 11 Jun lalu.

Muhammad Hilman dalam satu kenyataan mendakwa laporan tersebut adalah palsu dan merupakan fitnah jenayah ke atas dirinya.

Sehubungan itu, katanya, dia telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurut Muhammad Hilman, pertemuan tersebut adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk menteri.

“Dalam pertemuan tersebut, Haziq telah menyatakan kepada saya bahawa dia adalah mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Dia juga menyatakan bahawa video tersebut palsu dan menafikan beliau adalah karakter dalam video tersebut,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Hilman berkata, Haziq juga meminta pandangan untuk dia bertemu keluarganya bagi mendapatkan pendapat.

“Saya bersetuju dan meminta dia bersabar. Malah, saya menasihatkan dia bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruah,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan individu yang mendakwa terlibat dalam rakaman video lucah yang tular sejak Selasa lalu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya bagi menyangkal tuduhan yang dilemparkan terhadapnya di sini semalam.

Haziq, yang juga Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong dalam laporan polis itu mendakwa, Muhammad Hilman memaksa dia menafikan bahawa dirinya dalam video tersebut dan meminta berbohong untuk dirinya. – K! ONLINE

Tags: Haziq AzizHilman IdhamPKRvideo lucah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd