• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulang Manusia Di Gua Kandu Bukan Milik Acap

oleh
14/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai di Gua Kandu April lalu bukan milik peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, hasil ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap serpihan tulang itu mendapati ia tidak sepadan dengan DNA ibu mangsa, Siti Maznah Khamis dan abang mangsa, Mohammad Azlan Hassan.

“Kedua-dua DNA daripada waris mangsa itu tidak sepadan dengan DNA tulang tersebut selepas ujian makmal dilakukan Jabatan Kimia Malaysia.

“Melalui kaedah bedah siasat dan ujian DNA itu mengesahkan serpihan tulang itu bukan milik Mohammad Ashraf dan pemilik tulang tersebut tidak dapat dipastikan selepas semakan dibuat di Jabatan Kimia Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Razarudin, hasil analisis sampel tanah di lokasi penemuan tulang tersebut menunjukkan warna tanah yang ditemui bersama tulang tersebut dan warna tanah di lokasi tidak sepadan.

“Ini mengesahkan serpihan tulang tersebut bukan berasal dari kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf disedari hilang apabila dia tidak tiba di garisan penamat selepas perlumbaan kategori 25 Kilometer itu tamat walaupun dia berada di kedudukan sepuluh peserta teratas.

Tags: kes kehilanganMohammad Ashraf Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Amri Saman Polis, Kerajaan Berhubung Siasatan Kehilangan

18/11/2019
0

PETALING JAYA - Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat menyaman kerajaan, polis, menteri dalam negeri dan yang sebelumnya, dan...

Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

30/09/2019
0

BINTULU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd