• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Sungai Kim Kim 2 Satu Kebetulan?

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS Negeri Johor melihat sangat jarang berlaku sesuatu tragedi pencemaran berlaku di tempat yang sama dalam julat masa beberapa bulan. Lebih jarang berlaku apabila penyebabnya dikatakan berbeza di antara keduanya. Sekurang-kurangnya itu yang didakwa oleh Menteri Besar Johor Yang bersumberkan laporan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Tragedi Sungai Kim Kim 1 yang berlaku pada bulan Mac 2019 merupakan satu tragedi pencemaran yang tidak sepatutnya berlaku di dalam negara. Tragedi yang disyaki disebabkan oleh pembuangan sisa kimia ini dikatakan menjadi punca penyebaran gas metana yang menyebabkan seramai 2,775 orang awam telah dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan susulan insiden pembuangaan toksik terbabit.

Keputusan analisis ke atas sampel yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) dari Sungai Kim Kim menunjukkan sisa kimia yang terdapat dalam Sungai Kim Kim mengandungi pelarut organik, benzene, toluena, cilena, etil benzina dan D-Limonene.

Kerajaan negeri Johor telah membelanjakan sebanyak RM6.4 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sepanjang 1.5 km. Kemudiannya satu sidang akhbar telah dilakukan oleh YB Yeo Bee Yin, Menteri MESTECC pada 20 Mac 2019 bagi mengisytiharkan bahawa Sungai Kim Kim telah bebas daripada pencemaran sisa toksik.

Malangnya selang tiga bulan kemudian, negara sekali lagi dikejutkan dengan peristiwa yang hampir sama dengan tragedi Sungai Kim Kim 1 itu. Simptom Tragedi Sungai Kim Kim 2 ini hampir sama dengan apa yang berlaku ketika Tragedi Sungai Kim Kim 1. Sehingga kini, semua sekolah dan institusi pengajian di Pasir Gudang diarah tutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Apabila bencana seumpama ini berlaku, pastinya sedikit sebanyak mencalarkan imej dan mengundang persepsi negatif terhadap peranan badan-badan berkaitan pengurusan alam sekitar yang terlibat di negara ini. Apatah lagi bila ianya berlaku di tempat yang sama, di negeri yang sama dengan punca yang berbeza. Ia hanya menggambarkan kelemahan dari sudut penguatkuasaan dan pemantauan badan-badan alam sekitar terlibat sama ada oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat.

Justeru Tragedi Sungai Kim Kim 1 dan 2 bukanlah satu kebetulan tetapi ianya adalah satu kelemahan. Maka berapa banyak lagi tragedi Sungai Kim Kim akan berlaku selepas ini?

DR. MOHD MAZRI YAHYA
AJK PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Tags: PASpasir gudangpencemaransungai kim kim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd