• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbat Mayat Teman Wanita Dalam Kotak

oleh
11/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penemuan sebuah kotak berbau busuk di tepi jalan di kawasan perindustrian ringan di Setia Indah di sini, merungkai kes orang hilang dilaporkan pada 7 Jun lalu.

Susulan daripada penemuan itu, Polis Johor menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan berkaitan kehilangan seorang wanita berusia 33 tahun.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, wanita terbabit dilaporkan keluar rumah di Taman Sri Putri, Skudai di sini pada 28 Mei lalu dan gagal dihubungi keluarga keesokan harinya.

“Hasil soal siasat terhadap kedua-dua lelaki terbabit mendedahkan penglibatan mereka di dalam kes pembunuhan ini.

“Salah seorang membuat pengakuan membunuh si mati di sebuah premis perniagaan di Setia Indah dan mendapatkan bantuan seorang lagi rakan untuk membuang mayat si mati di tepi jalan kawasan perindustrian ringan di kawasan Setia Indah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil soal siasat awal, mangsa yang berkenalan dengan salah seorang suspek sejak lapan tahun lalu dan juga pasangan kekasih didakwa dibunuh kerana bermotifkan cemburu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh hubungi terus hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan S Shanker, 019-2704622,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kes pembunuhanMayatTeman Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd