• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhakam: PH Langgar Manifesto Lagi! – Bersih 2.0

oleh
27/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelantikan lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang didakwa bertentangan dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Bersih 2.0 dalam kenyataan menegaskan tindakan Perdana Menteri melantik anggota Suhakam tanpa melibatkan Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam untuk saringan terlebih dahulu mengetepikan semangat dalam PH.

Walaupun masih mengikut ketetapan undang-undang namun janji manifesto PH iaitu dalam janji 26 secara jelas menyatakan pelantikan Pesuruhjaya Suhakam akan dibuat melalui jawatankuasa khas Parlimen.

“Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam telah pun dibentuk sejak Disember 2018 dan adalah menjadi perkata utama memberi laluan kepada jawatankuasa tersebut memilih calon berpotensi walaupun proses itu tidak terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

“Proses tersebut bukan sahaja menunjukkan komitmen Perdana Menteri kepada janji-janji manifesto bahkan juga menunjukkan rasa hormat kepada peranan Parlimen sebagai badan semak imbang yang berkesan kepada pihak eksekutif terutamanya Pejabat Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Tan Sri Othman Hashim sebagai Pengerusi Suhakam yang baharu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

Selain itu, kenyataan sama turut memaklumkan pelantikan tujuh lagi anggota Suhakam yang baharu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Bersih 2.0Mahathir Mohamadpakatan harapanSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd