• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Video Dikaitkan Dengan Menteri Masih Berjalan – KPN

oleh
30/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video yang dikaitkan dengan seorang menteri masih diteruskan mengikut garis panduan Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Sebelum ini, saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepada pasukan khas polis yang ditubuh sebelum ini bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.

“Mereka (pasukan khas) tidak boleh membuat kerja-kerja penyiasatan secara tergesa-gesa kerana banyak perkara yang perlu disiasat dan mereka menjalankan tugas mengikut SOP,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir program kelestarian pertubuhan di rumah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini.

“Saya tidak dapat berikan tempoh masa bila siasatan kes ini akan dapat diselesaikan kerana kami masih dalam proses mengumpulkan bahan-bahan bukti,” katanya.

Pada 14 Jun lepas, Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video yang mengaitkan seorang menteri Kabinet ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berikutan itu pada 17 Jun lepas, pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, ditubuhkan bagi menyiasat kes itu, dan anggota pasukan itu terdiri daripada merangkumi petugas dari JSJ, Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tags: Abdul Hamid BadorPKRSeks Luar Tabiivideo lucah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd