Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Bomba, Staf Kesihatan Mogok...

BARCELONA - Ratusan anggota bomba dan kakitangan kesihatan cuba menyerbu parlimen Catalonia, Sepanyol,...

Plaza Tol Gopeng Tutup...

KUALA LUMPUR - Laluan masuk Plaza Tol Gopeng di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup kepada...

Kebakaran Di Camden Market...

LONDON - Kebakaran di pusat tumpuan pelancongan di London, Camden Market awal pagi...

Najib Kongsi ‘Cara Kuburkan’...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa terdapat cara...

Siasatan PAC Projek ‘Kereta Terbang’ Dianggap Selesai

KUALA LUMPUR – Tiada siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai projek projek ‘kereta terbang’.

Sebaliknya, jelas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof, perbincangan mengenainya telahpun selesai namun pihaknya belum menerima apa-apa makluman daripada PAC.

“Saya rasa tiada (siasatan), setahu saya. Perbincangan PAC mengenai kereta terbang sudah selesai, kita pun belum dapat apa-apa makluman daripada PAC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Program Pembangunan Vendor (MPPPV) Pertama Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh seperti dilaporkan sebuah portal berita berkata, pihaknya telah memulakan siasatan ke atas projek ‘kereta terbang’ bagi menyiasat sama ada projek itu menggunakan kerajaan atau dana awam.

Katanya, siasatan tetap dijalankan meskipun Mohd. Redzuan yang mencadangkan projek itu sebelum ini pernah berkata bahawa ia tidak dibiayai oleh dana kerajaan.


Sementara itu, tambah Mohd. Redzuan, mesyuarat itu telah berlangsung tiga bulan yang lalu dan PAC telah dimaklumkan tiada perbelanjaan dengan duit kerajaan dalam pembangunan projek tersebut.

“Mesyuarat ringkas sahaja cumanya mereka nak maklum balas daripada kami siapakah syarikat persendirian yang nak membangunkan kereta terbang.

“Satu sen pun kita tidak belanjakan. Tidak langsung guna duit kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori